Tuesday, August 9, 2016

NAK CERAI BARU JA NIKAH

Assalamualaikum...

Sejak beberapa bulan yang lepas, saya banyak menerima email bertanya "bagaimana nak bercerai" daripada isteri-isteri yang mungkin mempunyai pelbagai permasalahan rumah tangga bersama suami.

kenapa sang suami tak bertanya soalan tersebut? ini kerana sang suami mempunyai kuasa  untuk melafazkan cerai bila-bila masa sahaja.

Puan-puan sekalian tajuk kat atas dikhususkan kepada pasangan yang baru sahaja berkahwin dan masih belum mempuanyai anak.

Pelbagai permasalahan timbul antaranya masalah kewangan, sikap pasangan, layanan, tidak sefahaman dan pelbagai lagi masalah. kita perlu sedar bahawa setiap manusia tidak semuanya sempurna terkadang isteri lebih sempurna manakala suami pula kurang dan sebaliknya.

Benar apa yang orang tuia-tua sebut dalam kehidupan berumah tangga ada pasang surutnya, sangkakan panas hingga ke petang namun hujan ditengah hari.

Sempurnanya Islam dan mudahnya Islam dan ajarnya terdapat hukum-hukum yang telah di tetapkan kepada hambaNya adanya perkahwinan lawannya perceraian untuk menyelasaikan permasalahan namun perceraian itu merupakan perkara yang dibenci oleh Allah namun hukumnya halal. perceraian mestilah jalan terakhir yang perlu kita ambil.

Sebagai pasangan suami isteri, isteri mestilah berada di bawah suami jika isteri yang melebihi suami maka akan terjadinya sesuatu yang tidak diingini.

PERCERAIAN

Betul tak salah nak bercerai walaupun baru 4,5 atau 6 bulan berkahwin, Islam haruskan dan peruntukkkan undang-undang juga ada di negeri masing-masing berkaitan tatacara atau prosedur perceraian.

Seperti saya nyatakan perceraian perlu menjadi jalan terakhir untuk selesaikan masalah rumahtangga.
cuba dahulu bw berbincang sesama pasangan, berbincang bersama keluarga yang baik dan boleh dipercayai dan boleh juga dapatkan khidmat kaunseling di pejabat agama.

Sebenarnya cabaran alam perkahwinan memang mencabar pelbagai ujian akan diterima, terkadang manusia ini perlukan mendapat bimbingan dan nasihat daripada orang yang betul sebabnya manusia tak pernah lari dari alpa dan lupa serta mungkin dia tak tahu bahawa tanggungjawab menjadi suami adalah besar.

Dengan mendapatkan nasihat daripada mana-mana pihak yang berkaitan , mungkin sang suami atau sang isteri tahu akan kesalahan yang telah dilakukan.

jika selepas hasil perbincangan masih juga tidak berumah maka telah sampai ketahap perlu melibatkan Mahkamah Syariah.

saya tertarik untuk puan-puan membaca kembali entry saya yang lepas berkaitan perceraian. puan-puan juga boleh berjumpa dengan mana-mana peguam syarie swasta atau peguam syarie Jabatan Bantuan Guaman untuk mendapat nasihat yang lebih lanjut..klik sini...

sekian dari saya... rindu nak menulis bercita-cita untuk menulis buku berkaitan perceraian dan permasalahan yang timbul tapi tidak yakin dengan penguasaan bahasa melayu  yang tunggang terbalik .....namun harapan sangat-sangat membara untuk menulis buku...doakan saya

2 comments:

Fytre_Ana said...

Tiba2 minat nak tahu kehidupan seorang peguam... walau bagaimana pun, saya respect sgt gan awak.. semoga makin sukses.. teruskan perjuangan..

Fytre_Ana said...

Tiba2 minat nak tahu kehidupan seorang peguam... walau bagaimana pun, saya respect sgt gan awak.. semoga makin sukses.. teruskan perjuangan..