Saturday, June 20, 2020

LAKORN VS KDRAMA

Assalamualaikum,,

Tahun 2020 sat ja masa berlalu, begitu juga umur kita sat ja meningkat orang kata zaman la ni terasa masa berlalu dengan pantas mungkin sbb gadget yang kita guna hari2 membuatkan kita tidak merasa kepantasan masa berlalu...

apa-apapun ini lah kehidupan, kehidupan tidak akan berpatah balik namun ia kedepan hanya kita yang mampu mencorak perjalan kehidupan kita...orang kata masa ni ada 3 iaitu kemarin, hari ini dan esok....

sebenarnya aku ni pelik sikit orang lain suka layan drama melayu tapi aku tak berapa nak layan ....dulu-dulu zaman bujang suka tengok drama korea...maybe jalan cerita yang menarik namun sejak tahun lepas aku lebih suka layan lakorn iaitu drama Thailand....mungkin negara jiran kot sbb tu terasa dekat bila layan lakorn ni....bila nak layan korea balik memang tak leh asyik nak tgk lakorn ja hahaha sampai tak tau dah nak tgk tajuk apa banyak sgt dah tgk...

try la hempa layan lakorn banyak sub fan english sub untuk kita layan...neko meow meow , thippy, ohsweethaven muse dll ...dimsum n viu pun ada lakorn.

sbnrnya tak tau nak menulis apa...hati ni rasa tak tau nak habaq mcmna klu la masa boleh berpatah balik memang nak berpatah balik tapi apakan daya ....

oklah... ni first posting untuk tahun 2020...

Tuesday, February 12, 2019

KAYA & MISKIN

KAYA & MISKIN


hati dan perasaan membuak-buak ingin mencoret ceritera kehidupan sepanjang tempoh kehidupan, "kabhi kushi kabhi gham " yang bermaksud kadang suka keadang duka tajuk filem hindi yang ramai menonton, begitulah dengan kehidupan kita.

Dalam kehidupan ini setiap yang bernama manusia tidak dapat lari dengan perasan suka dan duka tidak kiralah dia kaya atau miskin. Setiap yang Allah ciptakan pasti ada keadilannya walau kaya tetap akan merduka walau miskin tetap akan gembira.

terkadang yang kaya ingin sekali menjalani kehidupan sederhana seperti kebanyakkan orang begitu juga yang miskin sangat berharap untuk menjalani kehidupan kaya mempunyai wang yang banyak dengan ada wang boleh selesaikan pelbagai masalah yang dihadapi mesti ada dalam benak pemikiran dan rungutan " mengapa aku tidak dilahirkan dari keluarga kaya".

Tak semua kaya menyukai kehidupan mereka, mungkin setengah mereka berharap untuk dilahirkan dari keluarga sederhana yang hidup sederhana bebas kesana-kesini. Manusia tidak pernah merasa cukup walau apa kurnia Allah kepadanya.

kaya atau miskin seseorang itu jika imam ada dalam dada semua itu akan dapat mendorong kejalan yang baik. redha , tawakal dan usaha adalah penting qhada dan qadar juga jika difahami akan membuat seseorang itu berfikir bahawa apa yang Allah berikan adalah ujian dan penetapan kepada hambaNYa.

hidup di dunia ini bukanlah lama untuk menjadikan kehidupan porak peranda rugi rezeki umur yang Allah anugerahkan kepada kita jika tidak digunakan dengan sebaik-baiknya.


Monday, October 16, 2017

PUSAT KEGIATAN GURU TELUK KECHAI

Alhamdulillah akhirnya ujian terpaksa berjauhan dengan isteri dan anak-anak telah berakhir... tanggal 1.3.2017 aku telah ditukarkan dari SK Leftenan Adnan Kajang ke PKG Teluk Kechai.... sebenarnya dalam tempoh permohonan aku untuk masuk berkhidmat di PKG ini juga terdapat beberapa ujian... kali pertama permohonan doitolak oleh BTP nukit kiara atas alasan tidak cukup 3 tahun berkhidmat sebagai guru.... cukup tiga tahun aku mohon seklai lagi...hampir gagal juga kerana perjawatan di pkg diperkecilkan namun siapalah kita Alhamdulillah akhirnya permohonan aku diterima.. ini merupakan enteri aku untuk tahun 2017.... alhamdulillah masih wujud blog ini walaupun lama tak update alhamdulillah diPKG ini aku mampu bekerja dgn baik memandangkan kerja buat di sekolah dulu hampir sama tugasan di sini....vlefrog, pusat sumber, pusat akses, makmal ict, nilam dan ict itulah amanah yang perlu aku tunaikan

Tuesday, August 9, 2016

NAK CERAI BARU JA NIKAH

Assalamualaikum...

Sejak beberapa bulan yang lepas, saya banyak menerima email bertanya "bagaimana nak bercerai" daripada isteri-isteri yang mungkin mempunyai pelbagai permasalahan rumah tangga bersama suami.

kenapa sang suami tak bertanya soalan tersebut? ini kerana sang suami mempunyai kuasa  untuk melafazkan cerai bila-bila masa sahaja.

Puan-puan sekalian tajuk kat atas dikhususkan kepada pasangan yang baru sahaja berkahwin dan masih belum mempuanyai anak.

Pelbagai permasalahan timbul antaranya masalah kewangan, sikap pasangan, layanan, tidak sefahaman dan pelbagai lagi masalah. kita perlu sedar bahawa setiap manusia tidak semuanya sempurna terkadang isteri lebih sempurna manakala suami pula kurang dan sebaliknya.

Benar apa yang orang tuia-tua sebut dalam kehidupan berumah tangga ada pasang surutnya, sangkakan panas hingga ke petang namun hujan ditengah hari.

Sempurnanya Islam dan mudahnya Islam dan ajarnya terdapat hukum-hukum yang telah di tetapkan kepada hambaNya adanya perkahwinan lawannya perceraian untuk menyelasaikan permasalahan namun perceraian itu merupakan perkara yang dibenci oleh Allah namun hukumnya halal. perceraian mestilah jalan terakhir yang perlu kita ambil.

Sebagai pasangan suami isteri, isteri mestilah berada di bawah suami jika isteri yang melebihi suami maka akan terjadinya sesuatu yang tidak diingini.

PERCERAIAN

Betul tak salah nak bercerai walaupun baru 4,5 atau 6 bulan berkahwin, Islam haruskan dan peruntukkkan undang-undang juga ada di negeri masing-masing berkaitan tatacara atau prosedur perceraian.

Seperti saya nyatakan perceraian perlu menjadi jalan terakhir untuk selesaikan masalah rumahtangga.
cuba dahulu bw berbincang sesama pasangan, berbincang bersama keluarga yang baik dan boleh dipercayai dan boleh juga dapatkan khidmat kaunseling di pejabat agama.

Sebenarnya cabaran alam perkahwinan memang mencabar pelbagai ujian akan diterima, terkadang manusia ini perlukan mendapat bimbingan dan nasihat daripada orang yang betul sebabnya manusia tak pernah lari dari alpa dan lupa serta mungkin dia tak tahu bahawa tanggungjawab menjadi suami adalah besar.

Dengan mendapatkan nasihat daripada mana-mana pihak yang berkaitan , mungkin sang suami atau sang isteri tahu akan kesalahan yang telah dilakukan.

jika selepas hasil perbincangan masih juga tidak berumah maka telah sampai ketahap perlu melibatkan Mahkamah Syariah.

saya tertarik untuk puan-puan membaca kembali entry saya yang lepas berkaitan perceraian. puan-puan juga boleh berjumpa dengan mana-mana peguam syarie swasta atau peguam syarie Jabatan Bantuan Guaman untuk mendapat nasihat yang lebih lanjut..klik sini...

sekian dari saya... rindu nak menulis bercita-cita untuk menulis buku berkaitan perceraian dan permasalahan yang timbul tapi tidak yakin dengan penguasaan bahasa melayu  yang tunggang terbalik .....namun harapan sangat-sangat membara untuk menulis buku...doakan saya

Sunday, March 8, 2015

nothing ( tiada apa-apa)

Assalamualaikum... lama sudah tidak ku coretkan ceritera kehidupanku...tahun 2015 telah pun mencecah bulan ketiga...aku masih lagi seperti ini...dulu ku coretkan di sini kegagalan percintaan....namun syukur padaNya 2011 aku telah bergelar suami dan telah pun dikurnakan seorang putera yang sangat comel...kini aku juga sedang menanti putera kedua ku yang dijangka dilahirkan pada 25.3.2015 syukur alhamdulillah.. telah banyak sangat ujian yang ku harungi sejak menjad guru...bahkan telah menyebabkan semua orang disisiku merasa terbeban... isteriku...anakku...ibu bapaku...ibu bapa mertuaku...dan kawan-kawanku...masalah berjauhan dengan isteri dan anak di tambah pula masalah kewangan yang sangat membebankan hanya tuhan sahaja yang tahu namun kehidupan mesti diteruskan... kini aku sedar....bila menghadapi kesusahan hanya diri sendiri yang perlu tanganinya...tidak boleh berharap bantuan dari manusia... kawan semuanya menjauh....yang ada hanya isteri, anak dan keluarga terdekat yang selalu membantu... aku begitu terasa takkala meminta bantuan untuk meminjam wang dari seorang kawan yang boleh dikatakan sahabat karibku namun aku merasakan seperti pengemis yang meminta-minta....berjanji untuk memberi namun sekadar janji... dia gah dengan dirinya, jawatannya dan sebagainya...aku sedar akan diri ini... sedih kerana memerlukan wang untuk kelahiran putera keduaku...dalam hati berkata-kata isteri nak bersalin pun terpaksa berhutang.... namun janji Allah tu pasti...alhamdulillah seorang guru senior akan meminjamkan wang kepada ku....disamping itu aku juga akan memperoleh pendapatan sampingan sebagai guru kelas malam alhamdulillah....Allah membantuku... Syukur aku dikurnakan seorang isteri yang begitu tabah sama-sama menghadapi kesusahan hidup bersama aku terima kasih sayang...maafkan abah kerna tak dapat menyenangkan sayang... maafkan abah juga kerna tak dapat bersama disisi sayang ketka sayang kesusahan.... sekian.....

Tuesday, September 9, 2014

cinta vs tak cinta

assalamualaikum... lama juga sy tidak berbicara disini... tajuk kali ini ialah cinta vs tak cinta Sebenarnya sy nak bercerita tentang lumrah kehidupan dalam perkahwinan, ada sesetengah berkahwin atas dasar cinta ada pula berkahwin tanpa cinta. 1. berkahwin atas dasar saling mencintai alhamdulillah itu merupakan jodoh ada pula yang berkahwin hanya sebelah pihak sahaja yg mencintai sebelah pihak yang lain tetapi alhandulillah berakhir dgn perkahwinan. 2. tidak jatuh cinta antara satu dengan yang lain tetapi berkahwin atas dasar mengikut kehendak keluarga... situasi ini banyak terjadi apa2 pun semuanya adalah jodoh dr allah namun ada sesetengah perkahwinan diuji dgn keretakkan tidak semuanya yg berkahwin atas dasar saling cinta mencintai kekal hingga hujung nyawa tetapi ada yg berpisah...ada pula yg diuji berkahwin tnpa cinta namun mengharapkan cinta selepaa kahwin tetapi cinta itu tidak hadir atau sebelah pihak shj yg hadir perasaan cinta akibatnya berlaku perpisahan. semasa berkhwin sblh pihak shj menyukai tetapi stu pihak yg lain tiada perasaan namun takdir allah selepas memasuki alam perkahwinan perasaan cinta dan syg hadir dgn tak disangka2 itu merupakan hadiah dr allah. paling mengembirakan semasa berkahwin tiada perasaan cinta hanya mengharapkn cinta lps berkahwin alhamdulillah cinta itu hadir dengan indah sekali... pelbagai ragam dan situasi namun semuanya kehendak tuhan...kita manusia adalh makhluk yg lemah yg sering kali melakukan kesilapan... dlm perkahwinan perlu ada sikap bertolak ansur saling menghormati terutamanya iateri perlu menghormati suami...jika tiada sikap menghormati ketua keluarga maka akan runtuhlah keluarga itu..suami juga perlu memahami iateri.. jika ada masalah bw berbincang kedua2 pihak perlu berbincang secara elok bukannya bergaduh

Thursday, February 27, 2014

2013 - 2014

assalamualaikum.... setelah hampir 2 tahun aku tidak menjenggah masuk ke dalam blog ini. terkejutnya aku apabila ramai yang telah memberi komen di dalam post bertajuk "perceraian". setelah hampir 2 tahun meninggalkan bidang kepeguaman aku tidak lagi layak untuk memberi khidmat nasihat secara terbuka di dalam blog ini diharapkan jika sesiapa yang ingin bertanya boleh la emailkan sahaja pertanyaan tersebut in Sha Allah aku akan membalasnya. Khabi kuchi khabi gham....itulah dunia aku sekarang....meninggalkan dunia perundangan dan memasuki dunia pendidikan.... tahun 2013 adalah tahun kesedihan kerana aku di arahkan untuk melapor diri di sek keb tebuk panchur gunung semanggol perak, terpaksa berjauhan dengan keluarga tetapi bersyukur juga dapat balik setiap minggu. tahun 2014 aku tenggah menanti surat posting untuk tetap, harap2 ada berita gembira dan dapat posting balik kedah... aku telah melangkah ke hadapan...aku tidak boleh lagi toleh kebelakang walaupun perit tetap aku teruskan demi sesuap nasi kepada keluargaku.. doakan aku wahai shbt sekalian...