Sunday, September 28, 2008
RAYA
Ramadhan tahun ni rasa sekejap je tanpa disedari dah 29 hari kita berpuasa....hmmm moga puasa kita pada tahun ini diberi ganjaran oleh Allah...
petang nanti aku akan balik kg untuk berhari raya, walaupun kg aku dengan langkawi tak lah jauh sangat tapi terasa lah Balik kampung..
hmm baju raya aku yang warna unggu, yang aku tempah sebelum puasa dah siap emmm tunggu masa je nak pakai bersama kain pelikat warna unggu gak hehehe biasa la org kampung selalunya pakai baju melayu dengan kain, jarang nak pakai sampin...klu pakai sampin haaa adalah yang dok mengata...
seperti kebiasaannya setiap kali raya, tak kira raya puasa ka raya haji ka tugas aku adalah membaca Khutbah kat surau aku....hmmm risau lak tak dak pelapis nak ganti aku untuk baca khutbah nanti...
Duit raya aku dah masukkan ke dalam ampau, untuk sepupu sepapat aku RM3.00 untuk nek aku tok n tok wan aku RM10 seorang hehehe janji ikhlaskann..
hmmm tahun ni dengar kata mak aku nak tukar manu, daripada mee rebus setiap tahun ke nasi ayam pulak, tapi aku dah wat bantahan awal untuk kekalkan mee rebus tu tapi di tolak dengan majoriti adik-adik aku hmmm tak pa..nasi ayam pun nasi ayam lah tapi raya ketiga mee rebus kena ada gak...
oklah kepada semua sahabat-sahabat yang sudi baca blog aku, aku nak minta ampun kalau ada salah dan silap ya...
selamat hari raya semua....jemput la mai raya ke dangau aku yang kat tengah bendang tu ok ..
selamat bergembira...
Wednesday, September 24, 2008
KEGAGALAN
kat sini aku nak luahkan sedikit rasa kekecewaan aku setelah dekat-dekat 2 tahun aku jadi peguam, hari ini aku ditewaskan, kes aku ditolak...
kes tunggakan nafkah anak.. bekas suami mak cik tu tak bayar nafkah seperti yang di perintahkan oleh mahkamah.... lepas 9 tahun baru makcik tu nak tuntut tonggakan daripada suami dia..
bicara punya bicara sampai aku tak boleh tidoq punya pikiaq, tetiba mai hari ni mahkamah tolak kes sebab kes tuntutan ini dah melebihi 6 tahun daripada perintah yang telah dikeluarkan...
hmm tapi tadi mak cik tu nak p jumpa ketua pendakwa nak buat rayuan bg keputusan hari ini...
aku kesal sangat pasai aku tak sungguh-sungguh kot dalam buat hujjah untuk kes ini sebab tu boleh kalah..
tapi tak pa aku jadikan ini semua sebagai pengajaran dan pengalaman untuk masa depan...
tetiba hari ini aku rasa aku sebenarnya tak sesuai jadi peguam...hempa semua tolong la doakan aku cepat naik pangkat boleh la aku dok pejabat je lepas ni tak payah p ergi mahkamah..
oklah terima kasih yang sudi baca selamat berpuasa...
Monday, September 15, 2008
DUIT RAYA
Sebenarnya minggu ni aku cukup sibuk dengan 5 fail untuk pergulungan hujjah yang kena di submitkan ke mahkamah, tapi aku tak ada mood nak buat pasai ilham aku tersekat....
Tapi yang hairan tu ada pulak mood nak manaip kat blog ni hmmmm
yang 5 fail untuk pergulungan hujan tuh ok sekejap je nak siap kan main copy paste je... tapi ada satu fail untuk pergulungan hujah balasan, fail ni yang aku dok lemaih perut (risau).
hmmm sakarang kita dah masuk pertengahan bulan Ramadan dan tak lama lagi ramadan dah nak meninggalkan kita..
Ha lagi 14 hari nak raya semalam aku punya tak boleh tidoq dok pikiaq pasai duit raya...
almaklom lah sekarang ni aku dah kerja so bila dah kerja kena la bagi duit raya kat sepupu sepapat aku yang ramai tu..

gambar kat atas ni semua keluarga sebelah ayah aku...cuba peratikan sepupu sepapat aku tu gambar ni di ambil waktu kenduri kahwin pak su aku 2 tahun lepas ...
Arwah tok wan dan tok aku (sebelah ayah) ada 9 orang anak...
1.pak long aku ada 4 orang anak
2. Ayah dan mak aku ada 5 orang anak
3. pak lang aku ada 3 orang anak
4. pak jang aku ada 3 orang anak
5. Mak ndak aku ada 4 orang anak
6. Mak tam aku ada 3 orang anak
7.Mak tih aku ada 3 oarang anak
8. Pak cik aku ada 3 oarang anak
9. Pak su aku baru seorang anak
so bila dijumlahkan semua anak-anak pak menakan (bapa saudara)dan mak menakan (ibu saudara) aku tu adalah 29 orang sepupu, ni sebelah ayah aku ja tak campur sebelah mak aku lagi.. hmmm subur sungguh keluarga aku ni.....
Sekarang aku dok tengah budget nak bagi seorang berapa ringgit dok ingat nak bagi RM5 je tapi rasa RM5 tu macam aku tak berapa ikhlas so aku ikhlaskan hati aku mungkin nak bagi seorang RM3 je kot.. hehehehe
Apa-apa pun Duit raya setahun sekali je....tak kisah la janji ikhlas tu yang pentingkan...
haaa kepada yang dah bekerja tu jangan la kedekut sangat bagi la duit raya kat bebudak ok...
Sunday, September 14, 2008
Menu berbuka
Memandangkan ramai kawan-kawan menceritakan tentang menu-menu depa, ari ni aku pun nak cerita menu berbuka aku hari khamis, jumaat dan sabtu time aku balik kampung...
Sebelum aku balik kg aku dok mengidam teramat sangat air nira, cucuq badak, pulut sekaya, nasi kerabu tok wa siah aku, dan meee rebus...

air nira ni ingat senang ka nak mewujudkan dia payah ooo tapi rasa dia cukup segar dan manis tapi perlu berhati-hati kekadang ada air nira yang lama agak masam ckit...



ok dah selesai menu untuk hari khamis lepas..
ni menu ari jumaat....aku paksa mak aku wat mee rebus ( memang jahat aku ni siap paksa memaksa lagi tu), pagi-pagi aku sendiri kuar p beli barang-barang kat pekan jumaat ( pekan hari) siap beli tulang lembu dan ketam untuk di buat kuah mee..
hmmm dua hari kuah mee tak habis lagi, lagi lama kuah tu lagi sedap la pulak... nak rasa mee rebus mak aku, mai la raya ni kat rumah aku memang tak pernah ketinggalan menu hari raya kat rumah aku mee rebus...
Ari sabtu lak, aku suruh tok aku wat pulut sekaya ( sri muka) mak aku pulak aku suruh dia wat cucuq badak ( best sungguh boleh main suruh-suruh tapi aku bukan suruh aku memujuk depa laaa)... hemmmm tercapai juga hasrat aku nak makan menu-menu yang aku mengidam selama ini...
kepada mak terima kasih lah kerana mengikut sahaja kehendak anak terunamu ini...
Bak kata mat doli memang KEMAM laaaaa semua menu tuuuu...
mak tunggu chek balik khamis ni nanti chek bagi tau nak makan apa lagi... heheheheh...
oklah selamat berpuasa hmmm dah dua minggu berpuasa tak sedar pun....
Wednesday, September 10, 2008
KAWAN,SAHABAT & TEMAN
Hari ini dalam ruangan komen aku, ada seorang pengkomen namanya brother, dia bertanya kawan,teman dan sahabat ada beza ka?
so pada pendapat aku, setiap istilah kawan, sahabat & teman ada makna atau penggunaan yang tertentu....
Pada aku istilah kawan digunakan untuk menunjukkan perhubungan antara seseorang.
Kawan dan sahabat ni maknanya sama sahaja cuma asal istilahnya sahaja berbeza, ini kerana istilah sahabat berasal drp bahasa arab...
tetapi apabila menggunakan istilah sahabat seolah-olah menunjukkan perhubunggan itu akrab dan rapat.. tak sama jika digunakan perkataan kawan...
Teman pulak pada pendapat aku istilah ini digunakan untuk menunjukkan sesuatu perhubungan itu istimewa contohnya teman wanita, teman seperjuangan..
Sekadar pendapat je...
Tapi kalau nak lebih terperinci silalah rujuk kamus Dewan Bahasa dan pustaka...
Aku malas la nak p cari kamus tu... so aku difenisikan ikut sedap otak aku jelah...
Apa-apa pun hargailah setiap perhubungan itu tak kiralah apapun istilahnya samaada kawan,sahabat ataupun teman...
Sekali perkenalan selamanya dalam ingatan..
Monday, September 8, 2008
BANJIR @ BAH

Wednesday, September 3, 2008
TILIK MENILIK
alhamdulillah pejam celik pejam celik dah masuk bulan keberkatan iaitu bulan Ramadhan..... emmm arini baru aku berkesempatan menaip kat blog aku.
dikesempatan ini aku nak ucap selamat berpuasa untuk semua kengkawan aku sekalian...
hmmm cerita pasal tilik menilik ni terjadi atas diri aku sendiri......
Macam ni, ari selasa lapas bersamaan 2 Ramadhan, aku pergi melawat kengkawan kat opis A.Star, sampai je kat opis tu aku di sambut oleh Anan dia ni india.... aku boleh kata rapat la juga dengan Anan ni... selepas bersalam dengan semua staff ( yang lelaki je) kat situ aku pun berborak sekejap dengan Anan...
Sebenarnya aku baru tahu Anan ni pandai menilik... apa lagi dah tak ada apa nak sembang aku pun dengan rela hati meminta Anan tu tolong tilikkan aku, hehehehe bukan untuk mempercayai tetapi sekadar nak tahu dan main2 je...
selepas aku bagi tarikh lahir aku dan dia pun conteng-conteng kat kertas, ntah apa-apa yang dia tulis aku tak faham tulisan dia pasai tulisan tamil....
lepastu dia minta tengok tapak tangan aku, hmmm aku pun bagi la dia tengok ntah apa la yang dia kira n fikir lama sangat....
hasilnya selepas lama anan tu berkira-kira dan berfikir.... dia pun bagi tahu aku keputusan tilikan dia...
hehehe anan panggil aku Ustaz,
Anan:
" ustaz ni seorang yang baik hati, lembut hati tapi pandai jaga rahsia, kerja kuat, ustaz buat baik dengan kawan-kawan tapi ustaz jangan harap kawan-kawan bebuat baik dengan ustaz kerana kawan-kawan ustaz depan ustaz memang nampak baik tapi belakang ustaz macam-macam depa kata kat ustaz, so lebih baik ustaz tak ramai kawan, emmm masa ustaz kecil dulu ustaz banyak masalah sehingga sekarang ustaz ada lagi masalah tapi bila ustaz umur 26 tahun ustaz akan dapat apa yang ustaz nak...."
Aku:
"hmmm memang masa saya kecil dulu saya banyak masalah, saya mengaji pun tak pandai, saya pun tak ramai kawan-kawan , emmm memang saya caring kat kawan-kawan saya tapi saya rasa kawan-kawan saya macam tak peduli pun saya" hmmm lagi Anan
Anan:
" Ustaz sekarang ada berkawan dengan mana-mana perempuan ka? ustaz ada suka kat mana-mana pempuan ka"
Aku:
" lani saya tak ada bekawan dengan mana-mana pempuan, cuma saya ada suka seorang perempuan ni tapi dia tak suka saya"
Anan:
" hmm ustaz tak sesuai dengan perempuan yang ustaz suka tu sebabnya pempuan tu besar kepala, ketegaq suka melawan cakap ustaz.. ustaz akan jumpa seorang perempuan semasa dalam perjalanan ke mana-mana mungkin semasa dalam feri, ustaz akan berjumpa dengan seorang perempuan yang bekerja sebagai pensyarah atau cikgu, dia seorang yang baik, cantik, warna kulit putih drp ustaz, kurus, dan ada tahi lalat di bawah mata, tapi semua tu akan terjadi semasa umur ustaz 26 tahun sekarang ni memang ustaz tak akan dapat... "
Aku:
"memang pempuan yang saya suka tu ketegaq"
Anan;
"Ustaz akan dapat apa yang ustaz nak bila umur ustaz 26 tahu, ustaz nak keluar daripada pulau pun bila umur 26 tahun, ustaz nak naik pangkat pun umur 26 tahun tapi tak mudah kerana ramai yang nak menjatuhkan ustaz tapi ustaz seorang yang kuat kerja dan ustaz boleh menghadapi semua tu emmm ustaz study lagi ka sekarang ni?"
Aku:
" ya saya sambung study lagi"
Anan:
" bagus la kalau macam tu cuma kenapa ustaz selalu cepat lupa? ustaz semasa belajar selalu ingat benda-benda lain yang bukan pun masalah ustaz ,lepas ni ustaz bila baca buku ustaz kena duduk bersila"
Aku:
" hmmm terima kasih la Anan"
hehehe macam na seorang Ustaz menilik nasib pelikkan....
hmmmm aku bukan nak percaya sangat tapi sekadar suka-suka je ....
hmmm aku anggap apa yang Anan bagi tahu aku tu sebagai kajian oleh Anan bukannya menilik nasib hahahahah....
hmmmm ntah laa....banyak lagi Anan bagi tahu tapi biarlah rahsia hehehe
pesanan kepada kengkawan semua jangan percaya dengan tilikkan,
ingat semua adalah di bawah kekuasaan Allah hanya Allah sahaja yang tahu segala aturannya..
ok selamat berpuasa dan selamat menunaikan tarawih