Monday, March 9, 2009

RFC VS KFC


Assalamualaikum..

Ahad lepas dgn tidak sengajanya aku dan mainie (kawan sekampung) bertolak dari kampung jam 6.15 petang dan sampai jam 7.00 petang ke Sungai Petani, semata-mata nak merasa ke enakkan RFC produk keluar HPA yang terkenal dgn kopi Radix ( mai secawan).

Setibanya kami kat RFC betapa terkejutnya kami, ramainya manusia tengah berbaris panjang untuk mendapatkan makanan dari RFC, emmm ingatkan samapai time merelob (maghrib) orang tak ramai, tapi tak sangka masih ramai juga, memang aku dan mainie dah jangkakan mesti ramai orang tapi, alang-alang menyelup pekasam biar sampai ke ketiak..


RFC kat kedah sekarang ni ada dua je kat Sungai Petani dan Alor Setar kedua-dua cawangan tu sentiasa ramai manusia berbaris untuk membeli, ntah la sampaikan KFC dah tak laku la dek kerana kewujudan RFC, tapi aku tengok yang ramainya melayu la cina aku tak nampak pun..


Emmm Mainie minta aku cari tempat duduk dulu sementara dia nak berbaris nak membeli, aku pun gi cari la tempat duduk nasib ada, emmmm nak tau berapa lama mainie berbaris , emmm 45 minit tu lama bebenor sampaikan perut aku lapar la, dah la duduk sebelah tempat permainan budak-budak di tambah kebisingan bebudak tu aduhhh lagi la rasa lapar...


Emmm tapi Mainie rasa berbaloi berbaris lama pasai sedap ayam goreng dia boleh mengalahkan KFC la, emm aku makan chicken delight harga lebih kurang KFC je...


Emm kelebihannya sos dan air semua keluaran HPA, selain Chicken delight ada burger delight dan macam2 lagi lah menu yang ada emmm lepas ni nak rasa burger pulak...

Kalau nak tau lebih lanjut RFC ni boleh tengok dan baca kat sini http://hpa.com.my/rfc/, emmm kalau la aku ada 1.5 juta boleh aku buka RFC kat Langkawi tapi.....payah la nak dpt 1.5 juta tu..


Oklah aku berbangga sangat lihat salah sebuah syarikat orang melayu mampu menewaskan KFC , dan berjaya menarik orang ramai untuk merasa ke enakkan RFC, cuma aku harap pihak RFC cuba berdiri dgn diri sendiri bukan meniru KFC atau nak seakan-akan kan RFC dengan KFC, dan aku berharap RFC boleh menjadi KFC dari segi pemasarannya serata dunia..


Untuk kengkawan yang kat negeri lain bebawa sabar lah ye InsyaAllah tak lama lagi RFC akan wujud di tempat anda... klu dah ngidam sesangat nak rasa RFC mai lah ke Sungai Petani or Alor Setar pasti berbaloi..

Emmm lepas makan aku dan mainie gi ke surau RFC yang terdapat kat atas, sempat la solat maghrib, lepastu gi perhentian bas Sungai Petani hantar adik ipar mainie, pastu gi rumah zon (kawan sekampung) lepak tgk All England Datok Lee Chong Wei di tewaskan oleh Lin Dan..

Emm itu jelah, bulan ni aku menunggu dua keputusan penting iaitu result PTK dan pertukaran aku ke Alor Setar...doakan aku yaaa...

7 comments:

en_me said...

tengah tunggu JFC larr fulakkks.. bukan 'Johor FC' one uooolsss.. ekeke

Faizal@poyan said...

to me..

apa itu JFC

Farah Aminuddin said...

bagusla. at least ade jugk alternatif kepada kfc kan :)

anap_ilmi said...

kat sini pun ader jugak alternatif kepada KFC. Popeye dengan al-Baik. best gile..lagi best dari KFC..yum2..dtg la sini ahakz

Faizal@poyan said...

to farah..
yaaa yg penting halal dan buatan org melayu..

to anap..

jauhnya nak suruh aku gi jordan semata-mata nak rasa popeye n al-baik

AlamNasyrah said...

RFC. Ermm, pernah dgr. Alhamdulilah, sudah tentu tak perlu ragu² lagi tentang kehalalannya.

Dah lama tak makan fastfood. Tgh cuba utk elak makan makanan² fastfood...insyaALLAH.

Faizal@poyan said...

to alamnasyrah
RFC ni baru lagi, emmm saja je nak rasa RFC tu yang mkn gak..