Hmmm hari ini aku nak mengimbau kembali kenangan aku bersama sebahagian kengkawan aku.... dan ucapan penghargaan aku kat hempa semua...
Tapi yang aku sempat cerita kat sini sebahagian je, yang tak ada nama tu harap di ampun yaaa, hempa semua kengkawan aku walaupun tak tertaip kat sini tetapi telah terpahat di kalbu hati aku dan tak akan penah tepadam ........
Aku nak bercerita tentang kengkawan aku sejak tadika sampai ke alam pekerjaan....

hmm orangnya baik,penyabar.....

Yang paling malang bila mak aku tau je di dah nak nikah apa lagi, terkeluarlah dari mulut mak aku " haaaa hang bila lagi nak nikah , kawan hang dah nak nikah" hmm aku pun jawab la " emm mak tolong la cari lepas tu hantaran, kenduri mak seponser" hehehehe
oklah Mainie, aku doakan hg berbahagia bersama isteri hang, dan cepat-cepat la dapat baby......
Seterusnya cerita tentang kawan aku masa sekolah menengah, tapi gambar kawan aku masa kat sekolah menengah tak ada la pulak tak pa aku cerita dah la, ok kawan aku masa sekolah menengah nama dia Mohd Fitri bin Hamid dia ni seorang pendiam, sekarang dia bekerja sebagai tentera (KAGAT) di Sarawak. "tak sangka tak padan pendek dapat jadi tentera"....
kami berkawan semasa sama-sama satu sekolah kat sekolah menengah pondok pak man (sek. Agama) , bila tingkatan dua dia berpindah ke sekolah pondok pak ya, maka terpisah la kami .
lepas PMR aku pulak pindah ke Sekolah Menengah Agama Sungai Limau, dalam seminggu aku pindah ke sekolah tu tetiba aku ternampak macam muka Fitri mai sekolah kami , pastu guru kelas aku bawa dia masuk ke kelas aku rupa-rupanya dia pun berpindah ke sekolah tu....hmmm memang jodoh la orang katakan..walaupun terpisah tapi terjumpa pula...
Lepas SPM aku sambung pengajian aku ke KISDAR sekarang ni dikenali KUIS, kat KUIS ni lah ramai aku jumpa kawan-kawan serata negeri... kat KUIS jugalah aku betul-betul mengenali kehidupan...

Mantan YDP MPP KUIS hmmm "walaupun kecik tapi YDP tuuu".... dia ni lah kawan yang terbaik aku pernah kenal , memahamai aku, tak pernah marah kat aku tapi bila dia lapar memang dia angin sikit......tau je bila aku ada masalah...
orangnya baik, berbudi bahasa, ramah dan lain-lain lagi lahhh Masa kat KUIS dulu kami satu bilik E303 dan G302 dan satu kelas sampai lah ke semester akhir.....
Tapi yang bangganya jasa bilik G302 telah melahirkan ramai pemimpin mahasiswa KUIS, mana tidaknya dua orang YDP MPP secara berturut-turut di pilih drp bilik tu, Pengerusi Persatuan Mahasiswa Pengajian Islam PMSPI (aku la tu hehehe) pun dipilih daripada bilik tu dan ada beberapa lagi penghuni G302 telah menjadi pemimpin penting KUIS..".Anap ko jgn jeles".. ahaks

kami satu bilik sama juga dengan wanchu... orang dia tak berkira bab makan serah kat dia yang penting tiap kali pasar malam dia tak akan lepaskan waima pasar malam Bandar Baru Bangi ataupun pasar malam Bangi lama, emmm tau dak apa yang dia suka beli untuk kami satu bilik tak lain tak bukan rangka ayam goreng hehehehe "doli terima kasih la nohhhhh".......
Orangnya lawak laa juga, ramah tak kira sapa semua dia nak tegor, baik hati pasai selalu je bagi aku pinjam moto dia dan selalu bawa aku pergi Warta walaupun aku ni berat tapi dia sanggup juga bawa aku ..... tapi kesian la kat moto dia terpaksa bawa dua ekoq blue hypoo yang sangat berat emmm doli kesian kat moto hangkan....
Dia ni orang kuat aku juga, salah seorang Exco dana PMSPI sampai sekarang kami tetap berhubung walaupun dok jauh.....
Tapi fakta yang perlu dia akui ialah tiap kali aku jumpa dia ,berat dia mesti bertamah 10 kg. "wei doli tahun depan aku nak jumpa hang pulak aku mau berat hang mesti naik 10 kg ok"...
Yang tak boleh aku lupa dengan doli ni, hmmm time dia frust dengan seseorang , yang sedih tu dia reyau (menangis) emmm sabarla doli....
Dia ni juga seorang blogger yang terkenal huhuhu aku kenai dengan dia pun melalui Mat Doli...
Orang kuat aku juga, salah seorang Exco Mutimedia dan publisiti PMSPI, kemahiran dia memang la pakar komputer "sebab tu la aku lantik hang jadi Exco aku"... ahaks
Fakta yang perlu aku akui ialah dulu mula-mula study kat KUIS badan dia besar daripada aku, ntah apa yang dia makan lepas tu kurus, aku cuba juga tanya rahsia dia jadi kurus tapi dia tak bagi tau pun... hmmm la ni aku tengok badan dia dah mula nak membesar balik huhuhu....anap ko jgn makan banyak sangat...
Oklah aku doakan hang wahai anap selamat berjaya dan mencapai impian hg....terima kasih juga pasai hang bagi semangat kat aku untuk aku buka blog ni......

lani dia tengah sambung wat Master Syariah kat UKM....
orang dia ketegaq penat kalu sembang dengan dia .... tapi aku ok je dengan dia .....
Masa kat KUIS kereta kancil dia la jadi pengankutan kami nak kemana-mana pun.... hmmm "mat rapi kancil hang tu banyak pengorbanan dia kat aku"...
hmmmm rasanya yang tu je aku sempat cerita tentang kenkawan aku masa kat KUIS
oklah aku nak cerita tentang kawan aku masa alam kerja pulak

Dia ni orang kedah tapi kerja kat Biro Bantuan Guaman Perlis hmm tiap-tiap hari berulang dari Alor Star - kangar, kangar - Alor Star....
Macamna aku mula berkawan dengan dia ntah tetiba je jadi best friend aku, aku mula kenal dengan dia bila kami kursus asas undang-undang kat Langkawi masa kursus tu tetiba pula dia sakit gigi, aku sebagai tuan rumah, bawa la dia pergi klinik gigi mungkin sejak tu la kot kami jadi best friend.....
la ni kawan yang aku selalu kuar melepak dengan dia je lah kengkawan yang lain jauh .....
aku dengan mirol ni antara kami tak ada rahsia, semua rahsia tentang dia aku tau, tapi rahsia aku tetap aku simpan hahahaha jgn marah noh mirol hang tetap sahabat korib aku....
oklah "walupun aku kenai hang baru setahun tapi aku selesa berkawan dengan hang seolah-olah aku dah berkawan dengan hang sejak kecik lagi".... terima kasih kerana hang sudi jadi best friend aku
mirol aku doakan hang berbahagia, gembira, diberi hidayah dan petunjuk untuk hang selesaikan apa yang hang belum selesaikan, aku tetap menyokong apa sahaja keputusan hang tapi kalau hang buat keputusan tak betoi aku SIEBAQ hang...

lepas ni rumah aku akan sunyi sebabnya dah tak ada orang yang nak bertengkar dengan aku....
Dekat dua tahun kami dok satu rumah susah payah kami harungi bersama che wah....
dia ni cakap semua bab boleh mengalahkan lawyer, aku pun kalah kalu bertengkar dengan dia....
oklah "mat yeh aku doakan hang seronok la bekerja kat tempat hang sendiri" .....
so tinggallah aku seorang diri kat langkawi ni....
cuma aku tak leh lupa tentang mat yeh ni dia suka ugut nak bakaq salah sikit nak bakaq salah sikit nak bakaq hmmmm buka puasa tahun ni tak ada la kawan yang nak lawan makan dengan aku sedih laaaa....

dia ni seorang yang baik,ramah, tak berkira, penyabar, tak suka marah, cepat sensitif, dan lain-lain lagi la, dia ni lengkap dengan sikap positif dan negatif....
kerja kat Biro bantuan guaman langkawi.....
semau kengkawan yang telah di ceritakan tadi adalah kengkawan dia.....
dia sangat bersyukur kerana dapat berkawan dengan semua kengkawan dia....
oklah wei hempa semua aku nak ucapkan terima kasih bebanyak kat hempa semua pasai sudi berkawan dengan aku yaaa.......
hmmm kengkawan yang tak disebut kat atas tu harap dimaafkan yaaa walaupun aku tak tertaip nama hempa namun hempa tetap dekat di hati aku.....
terima kasih kat hempa semua.....ok
haaa tak lupa juga untuk sahabat-sahabat satu opis aku zana,hana,ros,ummu,fida,ghafar dan zaini.....
terima kasih semuanya