Assalamualaikum...
Setelah 4 kali aku urutkan kaki aku, pagi ni dah ok sikit jalan pun tak terhencut-hencut dah....syukur Alhamdulillah dariNya kesakitan datang dariNya juga kesakitan hilang..
Berbalik pada tajuk, sebenarnya tajuk tu tak ada kena mengena dengan mood aku sekarang, dah hampir setahun aku biarkan cinta itu terbang bebas, tipulah kalau aku katakan bahawa aku tak akan bercinta lagi, fitrah kejadian manusia saling memerlukan antara satu dengan yang lain terutamanya antara lelaki dan perempuan....
Cinta lengkap bila adanya yg mencintai dan dicintai, malangnya yang terjadi pada aku, aku mencintai seseorang tetapi dia sebaliknya, tapi bila aku dicintai seseorang aku pula sebaliknya, ramai kengkawan aku kata, terimalah org yang mencintai aku ,sesungguhnya aku dah tahu dia betul-betul cintakan aku, tapi aku beranggapan jika aku terima cinta secara terpaksa seolah-olah tidak adil dalam percintaan...
Cinta akan indah bila kedua-dua pasangan saling cinta mencintai, sayang menyayangi dan saling memahami, sebab itu aku rasa tak adil jika aku terima org yang mencintai aku tapi dalam hati aku, aku masih belum boleh jatuh cinta padanya....pengalam aku mengendalikan kes-kes rumah tangga banyak mengajar aku erti cinta sebenarnya..ramai yang bergaduh dan bercerai di sebabkan nikah terpaksa dan tidak ada cinta, tapi ada juga pasangan yang berkahwin kerana bercinta, bila kahwin tak sampai dua tahun bercerai juga, mungkin bercinta sebelum kahwin lama sangat bila dah kahwin nikmat bercinta itu hilang sebab tu boleh jadi perceraian..
Terus terang aku katakan aku pernah declare dan bercouple tapi tak lama, hanya seminggu sahaja, itulah kali pertama aku declare, lepas tu aku minta break, memang nampak aku ni zalim sebab bercouple seminggu terus putus, untuk pengetahuan ada sebab-sebab tertentu, selang sebulan aku break dgn dia, aku dengar cerita dia tengah bercinta pula dengan suami orang, aku memang tak percaya cerita tu, sehinggalah org yang aku percaya sendiri yang ceritakan kepada aku dan terbukti juga bila dia di arahkan bertukar ke tempat lain 24 jam. Aku bersyukur sangat pada Allah sebab bukakan pintu hati aku untuk aku putus dengan dia, sebab segala sesuatu yang terjadi ada HikamahNya...
Pengalaman cinta aku tak sehebat kengkawan semua, almaklumlah aku ni bukan jejaka yang laris dipasaran tapi aku bersyukur, sebab ada hikmahnya, antaranya aku tak banyak wat maksiat kuar dengan bukan muhrim alhamdulillah Allah pelihara aku daripada perbuatan tersebut...
Jadi jejaki yang laris dipasaran pun tak la bagus sangat, bercinta dengan orang lain, bertunang dengan orang lain, berkahwin pula dengan orang lain hehehe larislah katakan...
Ntah la tahun 2008 adalah tahun kegagalan aku bercinta, harap-harap tahun kehadapan ni adalah tahun hati aku berbunga-bunga wawawa pinjam ayat-ayat yana alahaiii...
Tapi ntah la, bila hati aku boleh berbunga-bunga... balik kampung mesti ada orang tanya, bila lagi nak kahwin, aku jawab la calon pun tak ada lagi, lepastu dia kata, tu la memilih sangat, aku jawab balik la, p beli ikan pun kita pilih ni kan pula calon isteri...
Aku teringin sangat nak jatuh cinta dan cinta aku dibalas, tapi tak tahu la bila...cemburu aku lihat kengkawan aku bercinta, yang paling aku geram bila kuar dengan aku bukannya nak sembang dengan aku tapi dok bermsj dengan awek dia, baik tak payah kuar klu mai dok depan aku dok msj dgn awek dia, so lani aku dah wat undang-undang , kuar dengan aku jgn sesekali main msj depan aku, hehehehe zalimkan aku yelah seolah-olah aku bersembang dengan kerusi dan meja bukannya bersembang dengan dia...
Oklah aku harap target aku nak nikah umur 27 tu termakbullah amin..sorilah kengkawan terluah perasaan pulak....
sumber gambar flickr