Assalamualaiku...
Alhamdulillah mlm ni merupakan malam yang ke 24 ramadan, petang tadi bersamaan 2 september 2010 @23 ramadan 1431 buat pertama kalinya dalam sejarah hidup aku, aku telah menceritakan kepada mak aku tentang seorang perempuan yang aku cintai.
bersama itu juga aku telah menceritakan bahawa perancangan kami untuk bertunang pada hujung tahun ini.
Pada mulanya memang sukar untuk keluar daripada mulut aku untuk aku menceritakan hal ini kepada mak, tetapi ku gagahi juga, aku tercabar kerana si dia terlebih dahulu menceritakan hal ini kepada keluarganya.
perjalanan aku dan si dia masih panjang, banyak duri-duri di jalanan perlu kami tempuhi perkara itu tidak dapat dielakkan di dalam perhubungan mudah-mudahan Allah permudahkan kami. bukan senang untuk seseorang jatuh cinta terhadap aku.... keputusan dia telah mengejutkan aku seperti aku berada di dalam mimpi tetapi alhamdulillah itu ialah kenyataan...syukur kepada Allah kerana memberi peluang untuk aku dansi dia saling cinta mencintai.
3 september iaitu hari ini merupakan hari lahir si dia..moga dia panjang umur dan murah rezeki..
Alhamdulillah keberkatan Ramadan kali ini sungguh bermakna, aku rasa kerdilnya aku pada Allah tahun ini Allah telah anugerahkan aku banyak perkara yang aku mahu, tapi ibadat aku tak seperti mana " ya Allah kau berikanlah taufik dan hidayahMu pada Ku ya Allah".
semua yang terjadi di dalam hidup kita mempunyai hikmahnya oleh itu bersangka baiklah dengan Allah, bersabar dan berdoa serta bertawakal insyaAllah Allah itu maha pemurah kepada hambanya...
4 comments:
salam
Amin... mudah2an segalanya berjln
dgn lancar... ~
to manja...
amin terima ksaih ya manje
Salam,
Didoakan semoga semuanya di permudahkan amin
to pak su...
tq
Post a Comment